BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM
Tugasan dihantar melalui email.
Alim Mustaqbilah adalah seorang lelaki yang berumur 21 tahun dan beliau adalah anak lelaki kepada Prof. Normaliza. Beliau dilahirkan di United Kingdom dan dibesarkan di sana selama 6 tahun. Disebabkan itu, Alim tidak mahir dalam penggunaan Bahasa Melayu. Beliau menghidapi kesukaran dalam memberikan tumpuan kepada apa yang ibunya cuba katakan. Pun begitu, beliau bercita-cita untuk menjadi pakar psikologi. Setelah beliau pulang ke Malaysia, Alim diberikan tugas oleh ibunya untuk menghantar surat ke pejabat pos. Ibunya menelefon Alim untuk mengetahui apa yang telah berlaku kerana Alim tidak menghubungi ibunya setelah 15 minit di pejabat pos. Setelah ibu menghubungi Alim, baru ibunya tahu bahawa Alim tidak mahir untuk meletakkan setem diatas surat itu dan sedang mencuba untuk mengopek setem untuk ditampal diatas surat. Kemudian ibu menerangkan kepada Alim bahawa surat itu hanya perlu dibasahkan dan kemudian dilekatkan di atas surat. Akhirnya Alim berasa gembira kerana tugasannya dapat diselesaikan.
Comments
Post a Comment