BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

 




Masihkah Kau Ingat?

BIL

PENYATAAN

HURAIAN

1

Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

Perbuatan ini dinamakan sebagai Plagiat. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pesalah laku plagiat ini berdasarkan hukuman yang ditetapkan.

2

Menggunakan Turnitin atau alatan yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

Platform ini merupakan salah satu kaedah untuk mengelakkan kegiatan plagiat dengan memeriksa hasil kerja kita dengan Turnitin.

3

Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Rujukan adalah amat penting dalam kerja kajian seseorang itu bagi memberi sokongan terhadap hasil kerja kita berdasarkan rujukan sarjana atau kajian lepas.

4

Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel). 5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Jurnal dan artikel yang terkini dengan jumlah yang disarankan akan menguatkan kefahaman kita terhadap kajian kita.

5

Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Seminar juga membantu kita dalam memperbanyakkan pengetahuan kita tentang kajian yang berkaitan.

6

Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

Hasil kerja kajian kita perlu juga mengikut keperluan dan saranan yang diberikan oleh penyelia kerana setiap penyelia mempunyai gaya pemikiran yang berbeza.

7

Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab I (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

Hendaklah mengikut jumlah muka surat yang disarankan berdasarkan tingkatan pengajian kita.

8

Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Pelajar hendaklah memastikan bilangan muka surat tesis adalah berdasarkan apa yang disarankan dimana setiap universiti menetapkan jumlah muka surat yang berbeza.

9

Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

Pelajar perlu bijak mengatur masa untuk menyiapkan tesis. Pelajar juga perlu cakna dengan tarikh-tarikh penting yang melibatkan penghantaran dan penyemakan tesis. Sekiranya pelajar gagal menghantar tesis sebelum tarikh akhir, tesis berkemungkinan akan ditolak dan tidak dinilai.



Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia



Comments

Popular posts from this blog

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)